Wednesday, December 22, 2010

Hidup itu matlamat!!!!


Bismillahirahmanirrahim... orang sering berbicara apakah matlamat anda?apakah target anda? Ataupun kite sebut sebagai GOALLLLLLL!!!!!!!!!!!!!!!!!.Sebenarnya,dari apa yang saya perhatiakn sepanjang 22tahun hidup saya, sebenarnya hidup ini juga adalah matlamat. Dari awal manusia sebagai sperma,sperma itu berenang menuju matlamat mereka,yakni ovum...kenapa?kerana hanya yang kuat,yang berkeazaman tinggi sahaja yang mampu mendapat mandat hidup sebagai manusia.Hidup ini satu matlamat.pada saya, matlamat itu ada tiga kategori. Antara kategori mengikut falsafah saya:
         i)Matlamat hidup sebelum bergelar manusia
         ii)Matlamat hidup ketika manjadi manusia
         iii)Matlamat hidup ketika meninggalkan alam manusia(iaitu sbg roh)
Setiap orang mempunyai matlamat atau pun target..target mereka hanya satu,iaitu berjaya.tetapi usaha untuk ke arah itu yang berbeza.manusia mempunyai cara yang berlainan strategi yang berlainan,tetapi hakikatnya sama,iaitu untuk berjaya. Dari perspektif pelajar,berjaya dalam pelajaran. Kenapa dia mendapt gred yang tinggi?saya juga berjaya,tetapi gred saya tidak setanding dia... kejayaan adalah perkataan yang sama.tapi tahap tahap dalam kejayaan itu berbeza.contohnya sebagai ahli perniagaan.katakanlah:
         “A berjaya dalam perniagaan hingga mempunyai 20 cawangan, tetapi si B juga berjaya,tapi mampu memiliki 30 cawangan”
Dalam hal inilah saya simpulkan,matlamat itu sama. Tapi,cara itu berbeza,dan hasil juga berbeza. Tadi saya ceritakan tentang sperma,itu boleh dicontohkan sebagai matlamat sebelum bergelar manusia. Bagi matlamat ketika bergelar manusia, manusia itu berusaha untuk kearah kehidupan yang lebih baik.dari miskin berhijrah menjadi kaya, jadi,matlamat disini adalah “kaya”. Bagi matlamat selepas meninggalkan alam manusia, makhluk ciptaan Allah sememangnya mahu menjejakkan kaki ke syurga Allah, walaupun syurga yang paling bawah.kerana itu adalah target hidup.untuk ke arah itu, manusia juga kena exercise, exercise ni termasuklah dlm menunaikan ibadah kepada Allah dan meninggalkan apa yang dilarang...exercise inilah yang membantu manusia ke arah matlamat atau goal yang perlu dicapai. Matlamat itu bukan hanya perlu ditetapkan setiap awal tahun sahaja, bahkan, tatkala mata kita terbuka setiap hari bangun dari tidur, maka pada waktu itu kita sudah ada matlmat,apa yang perlu dibuat,dan diselesaikan hari ini. Pada pemikiran saya, hidup ini adalah matlmat.yang menentukan siapa kita sekarang,dan siapa kita pada masa akan datang,termasuklah ketika tangan menerima buku amalan dari malaikat..matlamat kita hanya satu, TERIMA BUKU AMALAN DENGAN TANGAN KANAN!!!!

Salam,Barakallah
Penghuni Hati

Monday, December 20, 2010

Renungan & pesanan untuk lelaki&wanita

Saya suka tengok jari awek saya...
Cantik betul...
Sungguh!Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other
Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...
.
Saya suka tengok rambut awek saya..
.Cantik betol...
Sungguh!Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari yang giler forever
.
Saya suka tengok body awek saya....
Cantik betol...
Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala.
Pheh syoknye...
.
Saya sedih tengok awek saya
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...
.
Saya sedih tengok awek saya
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, drive elok-elok tau..Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya....
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu
Die tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya....
.
Kesimpulannya saya memang sayang dia....
Nak jumper die giler forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...
Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami.....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...
.
P/s - andai anda seorang wanita muslimah...
Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu....
Then kalu anda seorang muslim...
Apa kata tanamkan dalam hati camtu...
Cinta tu anugerah Allah......
Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye.....
Semoga saya pun ambik iktibar gak....

Camar Putih: Kejutan

Camar Putih: Kejutan: "Bismillahirahmanirrahim....segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam.. alhamdulillah sekali lag..."

Kejutan



Bismillahirahmanirrahim....segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam.. alhamdulillah sekali lagi saya diberi kesempatan untuk tambahkan entry...YA,KEJUTAN,itu la perkataan yang sering kali bergelumang dalam hidup manusia... hidup ini penuh dengan kejutan,.bermula dengan kejutan pertama yang kita berikan kepada ibu dan ayah sewaktu kita laungkan tangisan pertama sebaik sahaja bergelar penghuni dunia..kejutan kejutan seterusnya datang dlm kejadian yang tak dapat kita ramalkan.sebagai contohnya kejutan apa bile demam..kejutan bagi badan kita saat menerima tetamu yang tak diundang bernama “demam” dan “sakit”. Sememangnya satu surprise.Jodoh itu juga satu kejutan,adakah kita tahu siapa pasangan hidup kita akan datang?semestinya tidak,ada yang saat-saat nak akad nikah pun boleh jadi batal,terus putuskan hubungan, ada yang bahagia,tetiba bercerai,kerana kita manusia hanya perlu menantikan kejutan demi kejutan itu datang..jadi,sebab itU saya kata kan, life is full of surprises. Malah, saat kematian kita pun juga satu kejutan,kejutan Dari Allah terhadap kita, kerana  pada bila bila masa sahaja kejutan itu datang, sama ada sekarang,esok,lusa,minggu depan,tahun depan,boleh jadi 10 tahun akan datang, kita tak mampu ramal saat kejutan itu datang...hanya perlu sedia dari sekarang, supaya kita tak muflis semasa menghadapi saat kejutan itu datang.Jadi pesanan saya, walauapa  yang terjadi,jangan cepat melatah dan jangan cepat panik, biarkan keadaan terkawal..setiap yang Allah takdirkan,sebenarnya itu adalah yang terbaik untuk hambanya....Akhir kata dari saya,renungkan kata kata ini 
"Bila ALLAH makbulkan d0amu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam
insyaAllah..bertemu lagi pada masa akan datang...dalam entry yang berlainan,sekian dari saya, wassalam.

Salam,Barakallah
Penghuni Hati
                                              

Sunday, December 19, 2010

Welcoming Speech


Assalamualaikum W.B.T. Sekali lagi saya diberi kesempatan untuk jadi seorang blogger.. ni pun ntah blog yg ke berape,sebab blog yg sebelum ni banyak masalah..Apa pun saya akan cuba manfaatkan ruang yang ada dlm blog ni, untuk taip apa yang saya rasakan perlu ditaip. Zaman sekarang, ruang elektronik macam blog dah jadi satu keperluan,adakalanya nak suarakan apa yang kita rasakan perlu,ada juga untuk menyatakan maklumat dan  pandangan terhadap sesuatu. Jangankan ahli politik, malah, pada pandangan saya, seseorang yg berstatus pelajar juga perlu untuk manfaatkan kegunaan blog. Masakan tidak, pada saya, pelajar-pelajar merupakan bakal sarjana, yang mana barat sebut sebagai “Scholar”. Para sarjana mempunyai ilmu-ilmu yang berbeza...ilmu yang berbeza inilah yang perlu di kongsikan bersama. Seperti satu cerita:
         “ada dua orang lelaki.setiap seorang mempunyai sebiji epal..bolehkah epal-epal ini dibahagi antara satu sama lain,tanpa membelah epal itu? Dan jawapanya, semestilah tidak.tapi.keadaan jadi berbeza sekiranya setiap seorang mempunyai satu ilmu dalam bidang yang berlainan, jika dikongsi, mereka mampu memiliki dua ilmu yang berasaskan  bidang yg berlainan”
Terasnya daripada cerita ini, benda yang berasaskan material terlalu susah untuk dikongsikan. Tetapi sekiranya benda itu berupa ilmu, ia mampu untuk di wariskan....harapan saya, semoga blogger-blogger lain cuba manfaatkan ruang yang ada untuk tujuan ilmiah... semakin berkembang suatu tamadun,semakin tinggi peradaban,maka seharusnya seiring dengan kecemerlangan ilmu pengetahuan...insyaAllah,dari semasa ke semasa, saya akan tambah entry yang ada dalam blog ni semoga sama-sama dapat memberi manfaat buat kita semua..insyaAllah..

Salam,Barakallah
Penghuni Hati