Wednesday, December 22, 2010

Hidup itu matlamat!!!!


Bismillahirahmanirrahim... orang sering berbicara apakah matlamat anda?apakah target anda? Ataupun kite sebut sebagai GOALLLLLLL!!!!!!!!!!!!!!!!!.Sebenarnya,dari apa yang saya perhatiakn sepanjang 22tahun hidup saya, sebenarnya hidup ini juga adalah matlamat. Dari awal manusia sebagai sperma,sperma itu berenang menuju matlamat mereka,yakni ovum...kenapa?kerana hanya yang kuat,yang berkeazaman tinggi sahaja yang mampu mendapat mandat hidup sebagai manusia.Hidup ini satu matlamat.pada saya, matlamat itu ada tiga kategori. Antara kategori mengikut falsafah saya:
         i)Matlamat hidup sebelum bergelar manusia
         ii)Matlamat hidup ketika manjadi manusia
         iii)Matlamat hidup ketika meninggalkan alam manusia(iaitu sbg roh)
Setiap orang mempunyai matlamat atau pun target..target mereka hanya satu,iaitu berjaya.tetapi usaha untuk ke arah itu yang berbeza.manusia mempunyai cara yang berlainan strategi yang berlainan,tetapi hakikatnya sama,iaitu untuk berjaya. Dari perspektif pelajar,berjaya dalam pelajaran. Kenapa dia mendapt gred yang tinggi?saya juga berjaya,tetapi gred saya tidak setanding dia... kejayaan adalah perkataan yang sama.tapi tahap tahap dalam kejayaan itu berbeza.contohnya sebagai ahli perniagaan.katakanlah:
         “A berjaya dalam perniagaan hingga mempunyai 20 cawangan, tetapi si B juga berjaya,tapi mampu memiliki 30 cawangan”
Dalam hal inilah saya simpulkan,matlamat itu sama. Tapi,cara itu berbeza,dan hasil juga berbeza. Tadi saya ceritakan tentang sperma,itu boleh dicontohkan sebagai matlamat sebelum bergelar manusia. Bagi matlamat ketika bergelar manusia, manusia itu berusaha untuk kearah kehidupan yang lebih baik.dari miskin berhijrah menjadi kaya, jadi,matlamat disini adalah “kaya”. Bagi matlamat selepas meninggalkan alam manusia, makhluk ciptaan Allah sememangnya mahu menjejakkan kaki ke syurga Allah, walaupun syurga yang paling bawah.kerana itu adalah target hidup.untuk ke arah itu, manusia juga kena exercise, exercise ni termasuklah dlm menunaikan ibadah kepada Allah dan meninggalkan apa yang dilarang...exercise inilah yang membantu manusia ke arah matlamat atau goal yang perlu dicapai. Matlamat itu bukan hanya perlu ditetapkan setiap awal tahun sahaja, bahkan, tatkala mata kita terbuka setiap hari bangun dari tidur, maka pada waktu itu kita sudah ada matlmat,apa yang perlu dibuat,dan diselesaikan hari ini. Pada pemikiran saya, hidup ini adalah matlmat.yang menentukan siapa kita sekarang,dan siapa kita pada masa akan datang,termasuklah ketika tangan menerima buku amalan dari malaikat..matlamat kita hanya satu, TERIMA BUKU AMALAN DENGAN TANGAN KANAN!!!!

Salam,Barakallah
Penghuni Hati

No comments:

Post a Comment