Sunday, December 19, 2010

Welcoming Speech


Assalamualaikum W.B.T. Sekali lagi saya diberi kesempatan untuk jadi seorang blogger.. ni pun ntah blog yg ke berape,sebab blog yg sebelum ni banyak masalah..Apa pun saya akan cuba manfaatkan ruang yang ada dlm blog ni, untuk taip apa yang saya rasakan perlu ditaip. Zaman sekarang, ruang elektronik macam blog dah jadi satu keperluan,adakalanya nak suarakan apa yang kita rasakan perlu,ada juga untuk menyatakan maklumat dan  pandangan terhadap sesuatu. Jangankan ahli politik, malah, pada pandangan saya, seseorang yg berstatus pelajar juga perlu untuk manfaatkan kegunaan blog. Masakan tidak, pada saya, pelajar-pelajar merupakan bakal sarjana, yang mana barat sebut sebagai “Scholar”. Para sarjana mempunyai ilmu-ilmu yang berbeza...ilmu yang berbeza inilah yang perlu di kongsikan bersama. Seperti satu cerita:
         “ada dua orang lelaki.setiap seorang mempunyai sebiji epal..bolehkah epal-epal ini dibahagi antara satu sama lain,tanpa membelah epal itu? Dan jawapanya, semestilah tidak.tapi.keadaan jadi berbeza sekiranya setiap seorang mempunyai satu ilmu dalam bidang yang berlainan, jika dikongsi, mereka mampu memiliki dua ilmu yang berasaskan  bidang yg berlainan”
Terasnya daripada cerita ini, benda yang berasaskan material terlalu susah untuk dikongsikan. Tetapi sekiranya benda itu berupa ilmu, ia mampu untuk di wariskan....harapan saya, semoga blogger-blogger lain cuba manfaatkan ruang yang ada untuk tujuan ilmiah... semakin berkembang suatu tamadun,semakin tinggi peradaban,maka seharusnya seiring dengan kecemerlangan ilmu pengetahuan...insyaAllah,dari semasa ke semasa, saya akan tambah entry yang ada dalam blog ni semoga sama-sama dapat memberi manfaat buat kita semua..insyaAllah..

Salam,Barakallah
Penghuni Hati

No comments:

Post a Comment